Thursday, December 5, 2013

siapa dia??

sejak dia datang universiti ni.. lama-kelamaan dia dapat rasakan yang hadir dia dalam hidup beberapa teman dia disini hanya sebagai bahan gelak diorang...hanya bahan untuk bercakap bila diorang sunyi...tapi bila dia sharing..bila dia nak bercerita semua lari dari dia..... bukan dia nak bersangka buruk..dia minta maaf jika sangkaan dia ni salah..tapi dia ada perasaan..dia tak bodoh dan terlalu lurus nak jugde sesuatu situation tu.. dia ada perasaan bila orang kutuk dia.. ye..dia terasa hati bila ada sahabat dia kata dia pekak..mungkin sahabat dia bergurau..tapi dia minta maaf.. bagi dia gurauan itu terlalu kasar..kasar untuk dia telan..dia tak boleh terima...

ye dia terasa hati bila ada sahabat dia sering gandingkan dia dengan sesuatu yg buruk...semua hal buruk sahabat dia pasti lontarkan pada dia..walaupun dia tak tahu hujung pangkal cerita..ye dia sedih..tapi adakah sahabat dia merasai perasaan dia??..adakah dia terlalu manja apabila menagih simpati sahabat untuk memahami perasaan dia?...adakah dia terlalu mengada apabila meraih sedikit kefahaman dari sahabat dia...dia just harap sahabat dia dapat memahami dia..???..

dia rindu...ye..terlalu rindu pada sahabat2 lama..sahabat dia di matrik..sahabat dia di rumah...sahabat dia yang selalu mendukung dia..bukan menjatuh jauh sekali mengejek..dan jauh sekali meletakkan dia di situation yang tak sepatutnya..adakah dia terlalu memilih dalam bersahabat?? adakah dia terlalu mencari kesempurnaan sesorang??

kenangan dia bersama sahabat yang mendukung dia terlayar dikepala seperti wayang yg menayangkan filem yang paling hebat.. lagu satu tekad bermain di headphone....dia harap dia dapat bersama sahabat dia yang dulu..dalam bersama menuju puncak..walau dimana mereka berada..dia berharap dan berdoa semoga dia sentiasa di hati sahabat-sahabatnya kerana sahabat2nya ini sentiasa ada dalam doanya...semoga Allah titipkan rindu ini dalam hati mereka..supaya mereka merasa hangatnya rindu dia pada sahabat...semoga Allah pertemukan dia dengan meraka suatu hari nanti jika bukan di dunia yang sementara ini..In Shaa Allah di dunia yang abadi nanti...semoga dia semua bisa ketemu kembali di Jannah-Nya nanti...semoga ketemu kembali sahabat.. 

No comments:

Post a Comment