Thursday, December 5, 2013

diary

DIARI...ye dia suka dengan diari..dia suka tulis diari..dan dia suka baca diari.
sejak dulu lagi dia memang tulis diari..bagi dia diari itu hidup dia..diari itu kawan dia..kawan dia untuk lepas segala rasa yang terbuku didada..kerana dia tahu diari tak ada perasaan seperti mana manusia yang mempunyai perasaan. tapi dia selalu pesan dekat diri dia..sebelum melakar dan meluah apa yang di pendam di dalam hati di atas sekeping kertas bernama diari,ingatlah... luahkan dahulu pada yang Maha Mendengar...

dia pandai tulis diari masa dia belajar sekolah menengah dulu... sebab utama dia tulis diari adalah kerana masa itu dia merasakan seperti tiada siapa yang pedulikan dia..tiada siapa yang ambil tahu hal dia.. dia tidak mengharap supaya ada orang yg mempedulikan hal dia..cuma dia berharap ada orang yang ambil berat tentang hal dia...sejak dari dulu lagi, tiada siapa yang bangga dengan dia even  dia buat sesuatu yang dia rasa telah membangga kan orang itu..tapi sangkaan dia salah..orang itu langsung tak bangga dengan apa yang dia buat..dia sedih..sangat sedih..tapi sediah dia, dia lakarkan dalam diari.. diari tahu macam mana perasaan dia..

sampai sekarang dia rasa situasi yang dia alami tika di sekolah menengah telah berulang kembali.... sekarang dia suka tulis diari sebab dia rasa diari saja yang sanggup dengar cerita dia sampai habis..sebab dalam realiti...orang tak berminat nak dengar apa yang dia kata kan....selalu dia berfikir..selalu dia renung..kenapa orang tak suka dengar dia bercerita?? dia cerita kisah dongengkah?..kadang-kadang, dia belum habis lagi bercakap kawan-kawan dia dah potong percakapan dia..adakalanya kawan dia langsung tak ambil tahu tentang apa yang dia cakapkan...dia bercakap dengan tunggul kah?...dan yang paling dia sedih..orang selalu ejek apa yang dia katakan..dia tidak boleh terima itu semua..dia tidak boleh terima ada kawan ynag dia sayang ejek apa yang dia katakan...perasaan itu amat perit untuk dia telan..walaupun dia hanya ketawa saja apabila dia di ejek..tapi hakikatnya.....perasaan dia itu bagai di hiris dengan sembilu..tapi semua orang tidak faham apa yang dia sedang rasakan...memang dari dulu sukar untuk mencari orang yang betul-betul memahami dia..

dia suka bercerita..dia suka menyampaikan ilmu..ilmu yang dia kutip melalui pengalaman hidup..ilmu yang dia kembara sewaktu di Hong Kong..Di hong kong dulu dia sudah merakam apa yang ingin dia cerita kan..sebab dia tahu sahabat dia ada yang tidak berpeluang merasainya..dia ingin bercerita..dia simpan dalam memori ingatan dia apa yang ingin di sampaikan....TAPI..lain yang terjadi...tiada siapa yang mendengar cerita dia..tiada siapa yang memberi respon dengan apa yang dia ceritakan...padahal dia ikhlas ingin sampaikan ilmu itu..bukan niat dia untuk bangga diri sebab terpilih ke nagara itu..sungguh bukan itu niat dia yang sebanar...dia masih ingat sewaktu tengah-tengah dia berceita pada seorang roomate dia tu..tetiba roomate dia tu bercakap dengan roomate dia yang lain..dia rasa seperti tidak di hargai..dia rasa tiada siapa yang berminat dengan apa yang dia sampaikan..masa itu hampir saja dia ingin menitiskan air mata..semua impian,semua bayangan dan memori yang dia simpan dalam ingatan dia berkecai...seperti mana gelas kaca yang jatuh dari tempat yang tinggi...berkecai sampai tiada harapan untuk mencatum semula...tapi dia pasrah...dia terima..sebab memang dari dulu itu yang dia hadapi....

No comments:

Post a Comment