IF YOU FOCUS ON RESULT..YOU WILL NEVER CHANGE,..IF YOU FOCUS ON CHANGE YOU WILL GET THE RESULT....AND NOW SHE FOCUS ON CHANGE TO GET A BETTER RESULT..
Wednesday, December 18, 2013
CHANGE
J Dia nak berubah..yup
betul dia nekad nak berubah...sebab makin lama hati dia semakin
terguris..sangat terguris..kenapa??..sebab sekarang dia dapat rasaan kelamahan
yang ada pada diri dia itu kawan dia ambil kesempatan gunakan dia....dia di
jadikan bahan gelak...tika dia susah tak ramai yang datang menolong
menghulurkan tangan..tak ramai yang nak berkongsi rasa dengan dia.... sekarang
pun dah ramai yang hilang kepercayaan pada dia..adakah dia seorang yang
penipu??...tidak sama sekali..kerana dia tahu siksa di akhirat sangat pedih
untuk seorang yang pembohong.. apatah lagi nak menipu pada kawan yang dia sayang..betul..dia
sayang semua kawan dia..dia sayang kerana Allah.. dah ramai kawan dia yang
sekarang tak percaya dengan dia..sebab selalu dalam kelas dia dapat markah
rendah.. dia sedih..tambah sedih takada seorang pun yang support dia..malah
semua lari dari dia...sebab tu dia nak berubah..
J Dia nak berubah sebab
dia tahu dia banyak kelemahan..dan untuk baiki kelemahan tu bukan sesenang apa
yang kawan2 suruh dia turuti.. dia tahu setakat mana yang dia mampu untuk
lakukan...
J Kalau dulu dia seorang
gadis yang periang, seorang yang menjaga hati kawannya lebih dari menjaga hati
dia sendiri, seorang yang sentiasa mengadu nasib pada kawan dia sebab dia lebih
percayakan kawan dia..sebab dia mengharapkan kasih sayang dari kawan dia, kalau
dulu dia yang banyak bercakap..kalau dulu dia yang banyak ketawa.. namun
biarlah sekarang dia berubah...
J Biarlah sekarang dia
jadi gadis yang tersenyum sekali sekala...dia akan berusaha untuk mnjaga hati
kawan dia tanpa melukai hati dia sendiri..biarlah sekarang kawan2 dia tak tahu
apa masalah dia..biar dia pendam..kalau dia nak luahkan biar dia luah pada yang
betul2 namanya sahabat pada dia..biarlah dia jadi pendiam sekarang daripada dia
bercakap tapi last sekali jadi bahan gelak mereka..lagi pun orang bukan
berminat nak dengar dia bercakap.. ye dia nak berubah...
# pada sahabat yang betul angap dia sahabat kerana Allah tolong doakan dia kuat..kuat dalam perubahan ini..kuat tuk dia harungi semua mehnah ini...sungguh kadang dia teringin nak memeluk seorang sahabat yang betul2 ikhlas menyanyanginya...nak menangis dibahu sahabatnya sambil sahabatnya tidak putus memberinya kata semangat..mampukah dia berjumpa sahabat seperti ini dikala manusia sekarang yang lebih pentingkan diri sendiri..
IF YOU FOCUS ON RESULT..YOU WILL NEVER CHANGE,..IF YOU FOCUS ON CHANGE YOU WILL GET THE RESULT....AND NOW SHE FOCUS ON CHANGE TO GET A BETTER RESULT..
IF YOU FOCUS ON RESULT..YOU WILL NEVER CHANGE,..IF YOU FOCUS ON CHANGE YOU WILL GET THE RESULT....AND NOW SHE FOCUS ON CHANGE TO GET A BETTER RESULT..
Thursday, December 5, 2013
siapa dia??
sejak dia datang universiti ni.. lama-kelamaan dia dapat rasakan yang hadir dia dalam hidup beberapa teman dia disini hanya sebagai bahan gelak diorang...hanya bahan untuk bercakap bila diorang sunyi...tapi bila dia sharing..bila dia nak bercerita semua lari dari dia..... bukan dia nak bersangka buruk..dia minta maaf jika sangkaan dia ni salah..tapi dia ada perasaan..dia tak bodoh dan terlalu lurus nak jugde sesuatu situation tu.. dia ada perasaan bila orang kutuk dia.. ye..dia terasa hati bila ada sahabat dia kata dia pekak..mungkin sahabat dia bergurau..tapi dia minta maaf.. bagi dia gurauan itu terlalu kasar..kasar untuk dia telan..dia tak boleh terima...
ye dia terasa hati bila ada sahabat dia sering gandingkan dia dengan sesuatu yg buruk...semua hal buruk sahabat dia pasti lontarkan pada dia..walaupun dia tak tahu hujung pangkal cerita..ye dia sedih..tapi adakah sahabat dia merasai perasaan dia??..adakah dia terlalu manja apabila menagih simpati sahabat untuk memahami perasaan dia?...adakah dia terlalu mengada apabila meraih sedikit kefahaman dari sahabat dia...dia just harap sahabat dia dapat memahami dia..???..
dia rindu...ye..terlalu rindu pada sahabat2 lama..sahabat dia di matrik..sahabat dia di rumah...sahabat dia yang selalu mendukung dia..bukan menjatuh jauh sekali mengejek..dan jauh sekali meletakkan dia di situation yang tak sepatutnya..adakah dia terlalu memilih dalam bersahabat?? adakah dia terlalu mencari kesempurnaan sesorang??
kenangan dia bersama sahabat yang mendukung dia terlayar dikepala seperti wayang yg menayangkan filem yang paling hebat.. lagu satu tekad bermain di headphone....dia harap dia dapat bersama sahabat dia yang dulu..dalam bersama menuju puncak..walau dimana mereka berada..dia berharap dan berdoa semoga dia sentiasa di hati sahabat-sahabatnya kerana sahabat2nya ini sentiasa ada dalam doanya...semoga Allah titipkan rindu ini dalam hati mereka..supaya mereka merasa hangatnya rindu dia pada sahabat...semoga Allah pertemukan dia dengan meraka suatu hari nanti jika bukan di dunia yang sementara ini..In Shaa Allah di dunia yang abadi nanti...semoga dia semua bisa ketemu kembali di Jannah-Nya nanti...semoga ketemu kembali sahabat..
diary
DIARI...ye dia suka dengan diari..dia suka tulis diari..dan dia suka baca diari.
sejak dulu lagi dia memang tulis diari..bagi dia diari itu hidup dia..diari itu kawan dia..kawan dia untuk lepas segala rasa yang terbuku didada..kerana dia tahu diari tak ada perasaan seperti mana manusia yang mempunyai perasaan. tapi dia selalu pesan dekat diri dia..sebelum melakar dan meluah apa yang di pendam di dalam hati di atas sekeping kertas bernama diari,ingatlah... luahkan dahulu pada yang Maha Mendengar...
dia pandai tulis diari masa dia belajar sekolah menengah dulu... sebab utama dia tulis diari adalah kerana masa itu dia merasakan seperti tiada siapa yang pedulikan dia..tiada siapa yang ambil tahu hal dia.. dia tidak mengharap supaya ada orang yg mempedulikan hal dia..cuma dia berharap ada orang yang ambil berat tentang hal dia...sejak dari dulu lagi, tiada siapa yang bangga dengan dia even dia buat sesuatu yang dia rasa telah membangga kan orang itu..tapi sangkaan dia salah..orang itu langsung tak bangga dengan apa yang dia buat..dia sedih..sangat sedih..tapi sediah dia, dia lakarkan dalam diari.. diari tahu macam mana perasaan dia..
sampai sekarang dia rasa situasi yang dia alami tika di sekolah menengah telah berulang kembali.... sekarang dia suka tulis diari sebab dia rasa diari saja yang sanggup dengar cerita dia sampai habis..sebab dalam realiti...orang tak berminat nak dengar apa yang dia kata kan....selalu dia berfikir..selalu dia renung..kenapa orang tak suka dengar dia bercerita?? dia cerita kisah dongengkah?..kadang-kadang, dia belum habis lagi bercakap kawan-kawan dia dah potong percakapan dia..adakalanya kawan dia langsung tak ambil tahu tentang apa yang dia cakapkan...dia bercakap dengan tunggul kah?...dan yang paling dia sedih..orang selalu ejek apa yang dia katakan..dia tidak boleh terima itu semua..dia tidak boleh terima ada kawan ynag dia sayang ejek apa yang dia katakan...perasaan itu amat perit untuk dia telan..walaupun dia hanya ketawa saja apabila dia di ejek..tapi hakikatnya.....perasaan dia itu bagai di hiris dengan sembilu..tapi semua orang tidak faham apa yang dia sedang rasakan...memang dari dulu sukar untuk mencari orang yang betul-betul memahami dia..
dia suka bercerita..dia suka menyampaikan ilmu..ilmu yang dia kutip melalui pengalaman hidup..ilmu yang dia kembara sewaktu di Hong Kong..Di hong kong dulu dia sudah merakam apa yang ingin dia cerita kan..sebab dia tahu sahabat dia ada yang tidak berpeluang merasainya..dia ingin bercerita..dia simpan dalam memori ingatan dia apa yang ingin di sampaikan....TAPI..lain yang terjadi...tiada siapa yang mendengar cerita dia..tiada siapa yang memberi respon dengan apa yang dia ceritakan...padahal dia ikhlas ingin sampaikan ilmu itu..bukan niat dia untuk bangga diri sebab terpilih ke nagara itu..sungguh bukan itu niat dia yang sebanar...dia masih ingat sewaktu tengah-tengah dia berceita pada seorang roomate dia tu..tetiba roomate dia tu bercakap dengan roomate dia yang lain..dia rasa seperti tidak di hargai..dia rasa tiada siapa yang berminat dengan apa yang dia sampaikan..masa itu hampir saja dia ingin menitiskan air mata..semua impian,semua bayangan dan memori yang dia simpan dalam ingatan dia berkecai...seperti mana gelas kaca yang jatuh dari tempat yang tinggi...berkecai sampai tiada harapan untuk mencatum semula...tapi dia pasrah...dia terima..sebab memang dari dulu itu yang dia hadapi....

Saturday, November 30, 2013
kerinduan pada dulu-dulu (part I )
pagi tu dia study bertemankan rintik hujan di luar sana.. dah dua hari hujan membasahi bumi UMP.. dia suka suasana ni..tenang..damai..walaupun hujan di luar sana tidak berhenti-henti mencurah.. ada orang sangat benci suasana seperti ini..sering menyumpah apabila hari hujan... sebabbnya segala kerja jadi terbantut..nak bergerak kena bawa payung...tapi tidak bagi dia...dia bersyukur bila hari hujan..dia rasa damai..dia rasa tenang...dia pun tak faham kenapa.
Dia pejamkan mata..nafas di tarik perlahan-lahan lalu hembus..menhayati kicau burung yang galak berterbangan di angkasa sana. dia suka tengok burung yang bebas berterbangan. dia rasa bebas..tetiba ingatan membawa dia kepada orang tua di rumah..sungguh dia rindu mak dan ayah..dia rindu pada adik-adik..dia rindu pada bau kampungnya..dia rindu pada bilik nya..dia rindu suasana seperti ini..suasani ini mengimbau kembali sewaktu dia ingin mengambil peperiksaan SPM. sungguh suasana belajar di sini jauh lebih berbeza dengan waktu dia ingin mengambil SPM dahulu.
dia rindu suasana itu..teramat rindu.. dia masih ingat masa nak SPM dulu, hari-hari redah hujan..hari-hari basah kuyup..sanggup redah hujan semata-mata nak menuntut ilmu di sekolah..masa itu lansung tak fikir apa-apa...masa itu musim tengkujuh di terengganu..hujan bercampur dengan angin monsun yang kadang mendamaikan dan kadang menyusahkan..masa tu sekolah cuti..tapi pengetua bagi bilik kosong pada kami pelajar terpilih untuk belajar. pagi-pagi lagi dia keluar dengan payung dan berbaju kurung..balik dalam tengah hari. dia suka saat tu.. belajar dengan kawan-kawan..makan sekali..sejuk sama-sama..buat tour dalam sekolah sama-sama.. maklumla tak ade orang waktu tu...dan masa tu masih nakal..sengaja curi waktu belajar sebab nak pusing-pusing dalam sekolah.
balik aje dari sekolah terus jumpa ayah yg tgh tolong tukang buat rumah..masa tu ayah upah tukang untuk bina rumah..masa musim tengkujuh saja la boleh jumpa ayah di siang hari.. kalau hari biasa ayah susah nak ada kat rumah sebab siang ayah sibuk dengan kerja.. tapi bila musim tengkujuh bot takde yang pergi laut..itu yang ayah boleh lekat kat rumah..lepas balik terus cari nasi..mak bila ayah ada kat rumah dia sering masak awal-awal..dah makan nasi rehat segala bagai terus dia naik bilik,, dalam bilik bukan sambung belajar tapi baca novel dulu..dia ni gila novel..bila dah bosan baca novel dia tulis novel sendiri.. idea dia mudah datang time hujan-hujan macam ni..dia pon tak faham kenapa dia suka sangat tulis novel bila hari hujan..masa tu laptop tak ada lagi..jenuh dia cari buku latihan yang tak boleh di pakai untuk dia tulis novel..nak beli buku baru rasa membazir..terjumpa je kertas kosong dia terus tulis novel..sampai kadang-kadang naik lenguh tangan tulis novel..tapi bila idea dah datang tak boleh nak stop dah. bila idea dah kering baru dia stop menulis..lepas tu dia sambung belajar sikit-sikit..tapi sebenarnya tak boleh nak fokus pun..dia lebih banyak berangan..dah dia masih ingat apa yag dia angankan..kalu time hujan mesti sejuk..so dia sering beragan dia berada di kota london..sebab kat board depan dia tu dia tampal gambar kota london yang dia ambil dalam surat khabar.
~~to be continue~~
P/s: sebab tak larat nak manaip panjang2..:)
err ada ke yang baca blog ni...ah lantak la..
Tuesday, September 3, 2013
study aboard
"nak g luar negara kene la blajo molek"
hooo kan mainnnn... ingat dengan study je ke boleh g luar negara..
blajo stara molek mane skali pun.. doh Allah x bagi x akan jejak jugak kita keluar negara...
orang x belajor pon boleh g keluar negara kalu Allah izin..
paling penting..kene ingat rezeki tu Allah yang atur dan Allah yang beri..
orang x belajor pon boleh g keluar negara kalu Allah izin..
paling penting..kene ingat rezeki tu Allah yang atur dan Allah yang beri..
berdoa..berdoa..berdoa..dan berusaha....n...last sekali tawakal....
serah kat Allah..sebab dia yg Maha Mengetahui apa yg terbaik tuk hamba Dia..
kita kan hamba Dia...Dia tahulah mana yg buruk n mana yang baik tuk kita..
Sunday, September 1, 2013
tika itu.......
Dan di
ketika itu kita
Membina subur nur harapan
Terbina indah mimpiku
ye dia pernah membina impian bersama seseorang yang bernama teman.. berjanji bersama-sama berusaha untuk merialisasikan impian itu..bersama-sama berjanji untuk menjadikan mimpi itu satu realiti..bersusah-payah bersama..meredah hujan bersama untuk memenuhi dada dengan ilmu..
Terpatri
sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan
Indahnya sinar bercahaya
rindu???....ye dia rindu dengan kenganan yang lalu..kenangan sewaktu di sekolah menengah..kerana disitulah dia mula belajar banyak benda..dia mula belajar mencipta tali persahabatan..dia mula belajar mengeratkan lagi tali persabahatan..dia mula belajar memilih sahabat...dia mula belajar menghargai seorang sahabat.. kerana di sekolah menengah permulaan bagi dia belajar semua ini.."You're my lovely school, I love you, I
miss you"
Dan di saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita
Yang diimpi sekian lama
kini...semua berpisah...berpisah mengejar cita yang di impi... seorang ke timur..seorang ke barat..seorang ke utara seorang ke selatan..seorang sambung diploma seorang sambung ijazah..semua ada haluan sendiri..namun namamu tetap di sanubari...Maha suci Allah.. bagaimana Allah jadikan perpisahan ini sebagai sebab manisnye pertemuan ketika hati saratnya kerinduan..
Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemadi di ingatan
Mogakan kekal sepanjang zaman
ye moga kekal sepanjang zaman...semua kenangan kan bersemadi di ingatan..menjadi bukti manisnya persahabatan...
Hanya kuharapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian
Moga tetap di rahmati Tuhan
walau dia jauh di sini..melayari kehidupan tanpa sahabat2nya yg dulu..dia kan terus tetap tabah.. kadang kala kerinduan pada sahabatnya membuatkan dia lebih tabah melayari samudera di medan pelajaran... walau dimana dia berada namamu tetap di hati duhai sahabat..moga Allah sampaikan rinduku ini pada mu....
lagu unic-tika itu...................
Wednesday, June 12, 2013
berlagak sebagai suri rumah
NAK BALIKKK...
rindunya nak balik Terengganu...dah tak terkata rasanye..padahal baru habis satu paper...ada lagi 3 paper..waaa..tahan je la.. study pun macam dah terbayang-bayang suasana kat terengganu..hebat betul penangan terengganu kat dia..
dia pun tak faham kenapa dia teringin sangat nak balik..padahal masa first year taklah pulak rasa macam ni..tak senang duduk dah ni...
maybe sebab dia dah target apa yang dia nak buat masa cuti ni agaknya..tu la yang terketik-ketik nak balik..
dia mengharapkan cuti ini di isi dengan sesuatu yang berguna..sesuatu yang dapat mematangkan dia..sesuatu yang dapat memberi maanfaat kat dia pada masa akan datang..
WANITA SOLEHAH YANG LEMAH LEMBUT NAMUN TEGAS MENJAGA IZZAH DIRINYA.
itulah impian dia selama ni...kalau dulu impian ni hanya dibibir..tapi cuti kali ni biarlah impian ini terlaksana..
cuti ni biarlah orang kata dia macam orang tua pun sebab buat kerja rumah bagai..dia tak kesah dah....selama ni pun ada dia kesah apa orang cakap..tapi masalahnya ada ke orang ambil tahu kewujudan dia..entah.. malas fikir.. cuti ni dia nak jadi suri rumah..semua kerja yang selalu mak dia buat biar dia belajar buat...masak..basuh baju segala..biar dia yang buat..sebab dalam hati dia dah terdetik bunga-bunga cinta..
bunga-bunga cinta yang hanya berhak untuk yang halal..dan yang pasti dia tak tahu siapakah bakal imam dia..
biarlah dia prepare diri dia dahulu sebelum menyambut imam dia.. dia mahu bakanl suami dia bangga memiliki dia sebab sifat terpuji yang ada dalam diri dia..bukan sebab kekayaan bukan sebab kecantikkan semata-mata...
apa yang dia tahu seorang lelaki menginginkan seorang wanita yang penuh dengan sifat keibuan..ye dia sedang berusaha ke arah itu..
dan apa yang dia tahu rasa dan keinginan persediaan untuk menjadi seorang isteri ini adalah Ilham dari Allah..dia tahu Allah yang mengerakkan hati dia untuk melakukan ini semua..kerana ini juga permintaan dia..dan dia tahu Allah akan menjawab permintaan dia...dah kepada Allah dia bertawakal supaya di kurniakan seorang suami yang akan memimpin dia menuju Jannah-Nya..
sampai masa Allah suruh aku bercinta baru aku bercinta..
dalam hati hanya ada Allah dan Muhammad SAW..
jodoh sudah di tetapkan
sampai masa Allah satukan..=)
-syah ibanez-
Sunday, April 14, 2013
dengan kata azimat kau nyalakan semangat-ayah
jadikanlah sifat sabar dan redha itu
sebagai senjata pada setiap langkah perjalanan hidupmu.
sesungguhnya kedua sifat terpuji dan mulia itu bisa menjadikanmu
sebagai seorang manusia yang terpuji dan penuh dengan jati diri.
renung-renungkanlah wahai anakku.
bawalah kemana sahaja kedua sifat mulia ini.
kerana ianya juga bisa menjadikanmu manusia
yang amat matang dan bisa menempuh apa jua ranjau dan onak duri
di dalam meniti arus kehidupan yang penuh dengan ujian ini.
sesungguhnya kepada Allah tempat kembali.
banyakkanlah beristighfar dan bersyukur didalam
apa jua keadaan yang meniti
arus kehidupanmu anakku.
-ayah-
Friday, March 8, 2013
orang penting
sepanjang dia hidup, dia tak pernah pun jadi orang yang terpenting dalam hidup orang lain atau orang yang dia sayang...maybe ada..contohnya mak ayah dia. mungkin dia pernah jadi orang yang terpenting dalam hidup mak dan ayah dia...tapi bila adik-adik dia yang lain lahir...adakah dia masih orang yang pertama dalam hidup mak dia??..entah, dia pun tak tahu...kadang-kadang dia pernah terasa seperti orang asing dalam keluarga sendiri...sedih?? ..ye memang sedih...tapi begitulah dia..walaupun sedih dia tetap tersenyum..tersenyum untuk menutup luka dihati yang sangat pedih,
Tak ada sesiapa yang paling dia sayang selepas keluarga dia selain kawan-kawan dia. setiap kali dia temui kawan yang baru, mesti dia akan letak harapan bahawa dialah orang yang penting dalam hidup kawan baru dia itu. walaupun dia tahu benda itu sesuatu yang mustahil. sesuatu yang mustahil untuk dia capai.
sebab itu dia suka make a many friends. Although orang cakap dia ramah tak bertempat la.. macam-macam orang yang kata kat dia. dia sangat sedih sebab other people doesn't know apa yang dia nak sebenarnya.
setiap kali ada majlis or event kat u atau kat mana-mana always dia letak harapan supaya orang yang pertama yang akan kawan dia sambut adalah dia..but the situation is not what she imagine...dialah orang yang terakhir yang kawan dia akan notice kewujudan dia kat majlis tu...but she always smile no matter what happen..no matter how hurt dia masa tu..memang kalau ikutkan hati nak menangis kat situ jugak.. tapi dia sentiasa sedar..dia sentiasa bermonolog..she always said.."siapalah dia."...
kawan-kawan dia akan cari dia bila di perlukan sahaja. tapi dia tetap seronok. dia tetap happy. dia tetap bahagia..at least kawan dia nak jugakla cari dia..eh..eh...eh..jap..tak...jauhhhh di lubuk hati dia yang lembut itu dia sangatttttt sedihhhh...dia macam nak menangis..di mana tempat dia kat dalam hati kawan-kawan dia??..adakah dia di hati kawan-kawan dia atau langsung tak ada?? dia tak tahu.. or dia takut untuk mengaku..mengaku dia ni tak ada tempat dalam hati kawan-kawan dia................
dia nakkkkkk sangat jadi orang yang pertama dalam hati kawan dia..just seorang kawan kat u ni pun dah cukup untuk buat dia happy..dah cukup buat dia rasa bahagia sebelum dia menutup mata..sebelum dia di pulangkan kepada Pencipta...seorang kawan yang dia rasa selamat bila bersama..seorang kawan yang tak pernah pandang rendah dengan apa yang dia buat...seorang kawan yang sentiasa sokong dengan apa yang dia decide..seorang kawan yang sentiasa sudi menadah telinga untuk mendengar masalah dia tanpa mengeluh...seorang kawan yang sentiasa memberi bahu untuk dia tumpang menangis.. seorang kawan yang sentiasa selamatkan dia setiap kali dia dibuli..seorang kawan yang setiasa menyelamatkan dia dari down bila ada yang merendahkan dia..seorang kawan yang sentiasa menghormati apa yang dia cakap..seorang kawan yang menunggu dia orang yang pertama untuk bercerita....seorang kawan yang sanggup untuk susah bersama...seorang kawan yang sentiasa menunggu kedatangan dia...seorang kawan yang akan rasa sunyi bila dia tiada..tiada di depan mata atau di bumi ini....
BUKAN seorang kawan yang selalu menjatuhkan dia..bukan seorang kawan yang sentiasa memandang rendah terhadap dia..bukan seorang kawan yang sentiasa membangkang apa yang dia kata...bukan seorang kawan yang memerlukan dia hanya certain situasi..bukan seorang kawan tidak endah sama ada dia ada atau tak ada...bukan seorang kawan yang sentiasa memalukan dia dihadapan orang ramai walaupun itu hanya satu gurauan...bukan seorang kawan yang sentiasa memotong apa yang cuba dia perkatakan..
Tuesday, January 8, 2013
yeaaaaaa.... Alhamdulillah berakhir sudah exam psycho...(exam psycho je pon)..hahah
brakhir exam psycho tak bererti habis semua exam...lepas ni kene ngadap buku finance pulak..
tapi apa yang penting tak payah nak hafal-hafal fakta..hafal theory..tak payah dah...weee macam best je..haha
tapi yang tak bestnye kena hafal formula pulak dah leps ni........(nanges)
apa pun all the best buat diri aku...haha ucap kat diri sendiri..
buat yang terbaik...jangan yang terbalik..
buat yang terhebat tuk diri sendiri..

Thursday, January 3, 2013
kawan...sahabat...teman
dia tak kisah dengan quantiti kawan yang dia ada..tp dia sgt kisah dengan kualiti kawan yang dia ada
dia tak kisah punya kawan yang sedikit..tapi dia sangat kisah kawan yang ramai tapi sikit saja yang boleh dikatakan sebagai kawan..
dia tak minta di hargai...dia hanya minta di hormati..
hormati dia sebagai kawan....hormati hak dia..
dia tak minta untuk sentiasa di ingati... dia hanya minta untuk tidak lupakan dia..
dia tak berharap dia ada dalam setiap doa sahabat-sahabat dia..tapi yang pasti sahabat2 dia sentiasa ada dalam setiap doanya...
dia tak minta kawan-kawan dia sokong semua apa yang dia buat...tapi dia hanya minta jangan bagi kata-kata yang boleh buat dia down....
kawan...sahabat...teman...sesungguhnya aku merinduimu..merinduimu kerana Allah...aku merindui setiap gelak tawa mu...aku merindui tangismu...aku merindui nasihatmu...kapankah kita akan berjumpa lagi...
andai pemilik nyawa ini mengambilnya dulu sebelum kita bertemu...aku berharap kita dapat berjumpa di Syurga nanti..In Shaa Allah....

sesungguhnya
matahari hari ini sangat malu untuk keluar..menujukkan cahayanya pada makhluk di muka bumi ini..di bilik hanya ada dia dan roomate yang sorang lagi, Asm..lagi dua org roomate study kat bawah.. minggu ni semua sibuk..semua sibuk mengadap buku..semua sibuk nak manghafal segala benda..semua sibuk nak memahami semua benda..tak ketinggalan jugak dengan dia..lagi beberapa hari nak final..cuak??..entah..buat setakat ni tahap cuak tak paras kritikal lagi..tapi memang setiap kali exam..cuak tu tak rase sangat..dia jugak tak tahu kenapa...mata pandang Asm.. memang tak pandang orang kalu tengah study minah tu..dia pun taknk ganggu orang..headphone terpasang di kepala.. dia tak suka sangat suasana yang sunyi sepi..sebab bila sunyi macam2 benda dia akn fikir..fikiran mudah melayang kemana-mana.. sedang mata meniti baris-baris ayat pada buku psychology..tiba-tiba hati jadi lain..perasan semua jadi lain..sebak??..sayu??..nak nanges?? semua ada.. dia rase macam ada sesuatu pada lagu ni..ada maksud yang mendalam tentang lirik lagu ni..tangan segera menaikkan volume mp3..sebelum ni pernah je dengar lagu ni..entah berapa ribu kali dah play lagu ni..tapi bak kata org masuk telinga kanan keluar telinga kiri..tapi kali ni???...kenapa??...saat tu hanya dia dan lagu ni je yang ada..keadaan sekililing seperti senyap...seperti gelap..
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
dia selalu hairan.. mulut kata cinta..cinta pada yang Esa...tapi kenapa dia rasa macam..macam cinta tu tak hadir lagi..tak rasa tersentuh dek hati lagi...ya Allah banyaknya titik hitam di hati ini sampaikan cintaMu belum aku rasai..Ampunkan Aku ya Allah..
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
layakkah lagi kalau dia cakap..dia dah kutip segala permata di dasar lautan??..layakkah lagi kalau dia cakap
"walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit Mu"??....air mata tak mampu di tahan lagi..menitis lebat bagaikan lebatnya hujan di luar sana..tangan tak mampu nak sapu air mata itu..terasa kerdilnya diri di hadapan yang Maha Esa...
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
yes..mungkin isi hadiah itu tidak sempurna..isi hadiah tu tiada seri.. terasa segala ibadat yang dia lakukan sebelum ini tidak ihklas... terasa macam ada tayangan video dihadapan dia sekarang ni...video tentang ibadat2 yg dia lakukan sebelum ini..pergorbanan yang dia lakukan untuk Yang Maha Esa...nilai keikhlasan ibadat dia kepadaNya...ya Allah tidak mampu untuk ku bendung lagi perasan ini... apa yang aku sudah korbankan untuk agamaMu ya Allah.. dia lemah..lemah dalam dakwahnya..lemah untuk menegakkn agamaNya..ya Allah..dia sering kecundang..kecundang tika masih bertatih..bertatih untuk terus berada di landasanMu ya Allah..
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
namun cinta takkn hadir..namun rindu takkan berbunga...jika tidak mengharap rahmat Mu..jika tidak menagih simpati pada Mu ya Allah.. hanya rahmatMu yang aku harapkan...aku harapkan rahmat Mu memanyungi jalan dakwah ini agar aku dapat berteduh dari peritnya cahaya ujian Mu..dan moga di berikan kekuatan untuk memegang panji-panji islam...moga di beri kekuatan menegakkn agamaMu di bumi ini..moga di berikan kekuatan untuk meyempurna dan menyerikan 'hadiah' untukMu ya Allah.......
Subscribe to:
Posts (Atom)