Saturday, December 29, 2012

mujahadah

Assalamualaikum..waaa rase macam dah lama tak jenguk blog...nak kata sibuk tak sibuk..tapi takde mood kot..hehehe..

Mujahadah Itu Pahit Kerna Syurga Itu Manis..


sebenarnye sangat indah bila berada dalam satu fiqrah. Dia rase semua ni masa kat matrik. permulaan dia untuk bertudung labuh..satu langkah yang terasa baru di jiwa dia..satu langkah yang begitu sukar untuk dia melangkah..kalau di rumah ada mak ada ayah yang nak bagi support walaupun mak sedara yang lain mengejek diri dia..itu dia tak ambil peduli sangat..sebab sebelum bertudung labuh memang diri dia sering di ejek..sering di caci..telinga dah rase berbulu je bila dengar...tapi dekat matrik?? takde orang yang nak bagi support..mak ayah jauh...semua tu berlegar-legar dalam kepala sebelum nak datang matrik..tapi jauh di sudut hati dia...langsung tak rase takut nak melangkah sebagai muslimah di luar sana...dia pun hairan..kenapa jauh di sudut hati tu takde langsung rase gerun atau takut dengan pandangan manusia kat dia lepas ni..dan memang betul la..bila Allah dah bagi hidayah tu n seseorang tu pegang erat hidayah tu..memamg rase gerun tu tak ade..but nak istiqamah tu..errr memang payah la..sikitt...

PAYAH! yup..memang payah..sebab dia mula bukan dengan tudung bidang 50 tu..tapi terus je bidang 60..yang besar gedabak tu!..sampaikan pergi sekolah nak ambik sijil spm pun kena perli dengan cikgu sendiri..dia ingat lagi masa tu nak ambil gambar..konan nak buat kenangan.
    "ee kenapa pakai tudung mak cik-mak cik ni??" okeyyy... sedaya upaya dia tahan air mata saat tu..kalau ikutkan hati yang rapuh tu..nak je dia berlari masuk tandas..lagipun tandas bukannye jauh pun..jalan dua langkah  dah sampai..sebab masa tu ambil gambar dekat tandas.. background yang dia rase paling unik kat sekolah masa tu..haha..and apa yang dia buat masa tu adalah tersenyum dan tersenyum.. orang cakap senjata wanita adalah air mata...yes!.. dia akui itu..tapi dia juga ada prepare senjata lain iaitu tersenyum..
bila senyum dia rase terpujuk sikit..rase macam ada orang bagi semangat kat dia walaupun hakikat takde seorang pun bagi nasihat kat dia masa tu...sebab dia belum berada dalam lingkungan  fiqrah dia lagi..belum bersama dengan orang yang bertudung labuh lagi..SAKIT!!..memang sakit!!..tapi apa yang pelik dia tak rasa down pun dengan kata2 tu...tak rase nak terus tukar tudung kecik balik..nak balik zaman jahiliyah balik..tak..sikit pon dia tak rase begitu...

Alhamdulillah.. kat matrik dugaan yang dia lalui tak begitu sukar..,tak seperti apa yang dia bayang sebelum masuk matrik dulu..malah tersasar jauh... diri dia malah jadi ikutan kawan-kawan dia yang lain...dan apa yang seronok dia jadi role model buat kawan sekelas dia and roomate dia, Ah..walaupun dia baru mula-mula bertatih nak kenal dengan tudung labuh, dia dah di jadikan sebagai role model..satu amanah yang terasa berat untuk dia pikul...nak bawak imej muslimah kat mata dunia..memang payah..yes payah..tapi dia tak pernah berputus asa.. dia percaya Allah dah pilih untuk bawak imej tu..takkan nak lepaskan gitu saja..memang takla...dia percaya bukan calang-calang orang yang Allah akan pilih untuk bawa agama Dia. itulah yang jadi penguat kepada diri dia untuk terus kekal sebagai muslimah..dan Alhamdulillah..dia kekal dengan tudung bidang 60 dan berjilbab labuh.. dan dia bersyukur kerana dapat merubah diri dia yang dulu kurang sopan kepada lebih sopan..dan dia sangat bangga dengan diri dia sekarang ini...dia nak jadi permata syurga...dia nak jadi mutiara syurga..so nak dapat semua tu ..dia mesti ubah diri dia.. sakit..susah..itu yang dia harus telan untuk dia jadi seperti apa yang dia inginkan...dia nak upgrade diri dia kepada yang lebih baik...walau sakit..walau susah tapi dia tahu apa yang dia buat ni ada nilai disisi Allah.. cukuplah Allah yang menilai dia..dia tak perlukan nilaian manusia yang kadang nak menangkan apa yang dia rasa..dia dah muak dah nak lalui atau berhadapan dengan manusia yang macam ni..dan kalau dia berjumpa dengan manusia ni..dia akan tersenyumm..dan tersenyummm..

walau pun orang kata kalau nak berubah biarlah mula dari yang mudah2 dulu..sebab takut kalu terus berubah secara drastik, nanti kita akan berubah kearah buruk secara drastik juga..*err ayat macam tak betul je.... tapi itu orang punya prinsip...dia tak pernah endah dengan prinsip orang lain...sebab dia yakin dengan prinsip dia..dia tahu apa yang dia nak..so kenapa nak susah payah nak follow prinsip orang..nak ambik prinsip orang...nak bangga dengan prinsip orang...nak bermegah dengan prinsip orang..bangga dengan prinsip dia sudah..bukannye dia buat prinsip tu ikut rasa hati dia je.. so dia nk jadi diri dia..dia taknak jadi hidup orang lain...since dia dah tekad dalam hati nak teruskan imej yang macam ni..dia akan teruskan sampai bila-bila..in shaa Allah..tekad dia bukan tekad untuk diri sendri..tekad sebab Allah..tekad sebab nak bawak agama Allah...tekad sebab setiap hari suruh Allah pilih dia jadi mujahidah solehah..kalau dia tak tekad mungkin dia dia akan hanyut..hanyut dengan dunia yg giler fesyen...


p/s: penatnyee manaip~~..lain kali la pulak sambung ye...
      wahai permata syurga teruskanlah bermujahadah..teruskanlan langkah..berjalanlah..berbanggalah anda dengan tudung labuh anda...sebab engkau telah di pilih oleh Allah untuk bawa imej itu...dan jagalah tingkah anda..sebab anda adalah permata syurga...semoga terus istiqamah....cerita sekadar rekaan...err.

 sekian dulu..assalamualaikum..








   


Thursday, November 22, 2012

moga syahidah milik mu..


dear Ezz,
anak-anak palestine, mujahidah-mujahidah disana, ukhti-ukhti disana tiada masa untuk jelez atau cemburu,
tiada masa untuk saling membenci antara satu sama lain, tiada masa untuk bermain cinta dunia.
mereka sibuk untuk merebut syahid, mereka sibuk untuk membela agama, mereka sibuk melindungi satu sama lain.
so Ezz pinjam semangat jihad diorang. jika disana mereka berjihad melawan israel laknatullah, biarlah kau disini berjihad melawan nafsu serakah kau tu..moga-moga impian kau untuk bergelar mujahidah tercapai..In Shaa Allah.

pray for Gaza..jiwa-jiwa ini adalah untuk mu wahai palestina..telah Allah persiapkan Syurga buat kalian.

Wednesday, October 17, 2012

panduan cinta

kompas cinta


terbaca dalam buku KOMPAS CINTA by A. UBAIDILLAH ALIAS.

dia kata cinta itu ada 7 perumpamaan iaitu:

1) Cinta al-mawaddah (penuh kasih membara)
2) cinta ar-Rahmah (pengorbanan)
3) Cinta Kulfah (Mendidik)

4) Cinta al-Mailu (tidak keruan)
4) cinta asy-Syaghaf (mabuk asmara)
5) Cinta Ra'fah (Dayus)
6) cinta Shobwah (syahwat)

ada 7 perumpamaan..saya pasti semua memimpikan cinta al-mawaddah iaitu cinta yang penuh kasih membara...
InsyaAllah kita akan dapat cinta itu jika kita betul-betul ikut landasan yang telah ditetapkan oleh Ilahi.

Add caption
baru ni ada dengar forum dari imam muda siapa entah..lupa dah nama dia..huhuuhu...sangat berkesan.. tengah hati melodak ingin cinta- dicintai (cewaah)..tetapi bila ingat balik apa yg imam muda tu cakap rase mamcam terpujuk sikit hati tu..
kita kena 'ork' dulu rasa cinta tu.. macam orang kelantan cakap 'ork menta..'
mahasiswa kne kejar cita dulu baru kejar cinta..klu nak kejar cinta jugak...lebih baikla kejar cinta Allah dulu..itu yang penting...kalau kita kejar cinta Allah nanti insya Allah Allah akan hadiahkan seseorang yang jugak mengejar cintaNya..kan sweet gitu...lepas tu boleh la bersama-sama mengejar cintaNya..hehe..

aasalamualaikum ya akhi ya ukhti..(^_^)




Thursday, May 24, 2012

cerita

orang yang sepi tak semestinya tak berjaya... orang yang mulut riuh nampak confident giler bila bercakap pon tak semestinya boleh berjaya... yang boleh berjaya hanya orang yang berusaha dan niat ikhlas sebab Allah..tu baru boleh berjaya dengan berkatnya.. tak guna jugak kalu pointer tinggi giler tapi setiap kali test ke quiz ke asyik tiru jawapan orang lagi teruk tiru buku terus...rase berkat tak?? memangla tak..
setiap kali lepas  test atau quiz dia paling benci tanya result orang dan paling dia tak suka orang tanya result dia. sebab??.. ada 2 sebab..1st dia x suka sebab nanti dia rse tercompete..n 2nd kalau dia dapat rendah dari kawan-kawan dia,,mula la dia rase down. tak ramai yang tanya apa meaning of life dalam hidup dia..bukan tak ramai memang tak ada pon,..tapi walau tak ada dia tetap letakkan meaning of life tu kat lam diri dia..bagi dia life ni not compete with others but compete with ourself..memang betul pon.. buat sakit buat tension je nak compete dengan orang ni..bila diorang tinggi mula la ada sifat jelez..lgi parah kalau sifat ni boleh mnyebabkn pergaduhan..bukan ke sikit haru namanya tu..so dia da decide compete dengan diri sendiri lagi senang. x payah nak tension2.. bila lepas test dapat result orang tanya dia punya markah..apa yang sering dia lakukan tutup telinga..bina wall dengan dunia sendiri..dengar lagu lagi best.. bukan kata nak pentingkan diri sendiri..pernah terjadi sem lepas, baru dia tahu how to find a friends and how to find a lawan.. markah dia yang paling tinggi dari kawan2 dia..and mula la kawan2 dia asyik perli2 dia je...salah ke dia dapat tinggi? salah ke dia dapat tinggi dengan usaha dia sendiri?? perlu ke ada  syak wangsagka dengan kawan sendiri??.. perlu ke?? dia pon tak faham..n bila next test Allah nak uji dia dapat markah rendah..paling rendah dari kawan2 dia.. dan baru la dia tahu seikhlas mana kawan2 dia tu berkawan dengan dia..hina sangat ke kalau dapat markah rendah dalam test?? boleh ke kita nak jugde kebodohan seseorang tu dengan markah test yang kita dapat?? perlu ke nak ejek kalau dapat markah rendah?? perlu ke nak tinggal macam tu je kawan yang dapt markah rendah??dan sampai sekarang dia tak faham..n dia da takut untuk terus berada paling atas dari kawan2 dia.. that why dia define meaning of life dia dengan compete dengan diri dia sendiri..x perlu nak sibuk dengan hal orang lain..biar dia nak compete dengan kita..biar dia nak buat apa dengan kita..asal kita pegang prinsip kita.. hal diorang diorang punya pasal..hal sendiri ada buat hal sendiri.. dan sekarang dia sedang berusaha untuk capai impian ayah dia yang telah lama terkubur.. biar orang ketawa dengan impian dia ni..biar orang pandang rendah....dia da tak kisah macam dulu da. dia da tak masuk campur dengan urusan orang lain sebab dia harap orang lain tak masuk campur dengan urusan dia.. n biar la dia tak ketawa asal dia tak menangis..biar dia putus kawan asal dia tak putus tali dengan yang Maha Pencipta...be yourself create your success...chow assalamualaikum..(^_^)

Thursday, May 17, 2012

just nak try...

ok  this is my second day aku tulis blog ni..haha  skung da pndai da..
 takde apa2 pon sbenarnye... just nak gtau hari ni rse bertuah sbb dapat hadir kat majlis konvo Dr. Mahathir at my uni..dapat tegok live tau..hahaha..bkn senang dapat tgk org pngkat2 besar ni secara live...
nak tahu apa yang aku buat lam majlis tu???
oh my book n my APECER...
buku ni aku da prepare siap2 dari bilik..n x dilupakan jugak my APECER..contengan jalanan tu sebenarnye dah berkali2 aku khatam..tp entah..x boring klu baca..dpt mnfaat ag..so aku angkutla buku ni kemana2 aku pergi..even ke class skalipon...hahhahah.. Majlis start pkl 9.00 pg..tp punyala berjam2 kitaorg tunggu dlm dewan tu..nak pukol 10.30 pagi bru nk start..hhuhu...sejam stengah tnggu tu..sabo je la...mujur dwn tu ad air cond xlah berpeluh ketiak  menunggu..
hasil tangan nadiah
haha ni la hasilnye kalau da terlalu bosan..ni nadia punya kerja..aku pon baru tahu dia ada bakat terpendam..bakat apekah itu???? bakat melukis la..sblom ni x pernah nmpak die melukis..bru hari aq tahu die ad bakat tu..hahah.sory eyk nadiah..hahhah...die lukis ni bila majlis dah nk habis..masa2 majlis mula2 start dia gigih study sbb mlm ni nk test...

hasil tangan dak nad yg k 2
haa yg ni die da topup sikit2 kat pic tu..tp yg xleh blhnyee..sde k ckp aku hot blogger..haha..bru je pon ade blog..harp2 x la jd hot blogger btul2..haha..ehmm entah nk tulis ap lagi..dah kering..ni just nak try je..hahah..
okey la nak smbung study la..kang jadi hot blogger btul kan bru haru jadinye..stdy entah kmena..apa entah kemana...huh..
chow..assalamualaikum..(^__^)
       
 "cubala untuk senyum,walau sesukar mne pon keadaan anda...x ssh pon kalu nak senyum..just tarik      mulut skit..dah tersenyumla...senyum kan sunnah..dapat pahala agi..so senyumlah!!!"


Wednesday, May 16, 2012

starting to be blogger..hahaha

okey.. ni post aku yang pertama..
macam tak caye je da ada blog..haha..ni semua kawan aku punya pasal.,,

takde apa pon nak di ceritakan..aku pon bukannya pandai sangat nk berblog-blog ni..
tapi pepon thanks a lotla kat Mia ngan Nadia roomate aku sebab pengaruh aku nak wat blog ni.
Si Mia ni pulak sempat agi ajar aku nk guna blog padahal malam ni die ada test calculus...sanggup tinggal study tu sebab semata-mata nak ajar aku berblog...hahaha..terharu aku dengan pergorbanan dia ni..
dah la dulu.. langit da gelap..kilat pon da bagi warning suruh tutup lappy..ada masa aku post benda lain pulak..

(ceh macam banyak masa je..padahal final dah nk dekat da..huhu)
chow dulu..assalamualaikumm..(^_^)
.